1. katakan terdapat enam orang pemain yang akan bermain. semua pemain akan duduk dalam satu bulatan kecil.
2. permainan dimulakan dengan salah seorang pemain menghulurkan sebelah tangannya ke hadapan. kemudian seorang pemain akan menjijit atau mencubit dengan ibu jari dan jari telunjuknya pada belakang tangan pemain pertama tadi. seterusnya semua pemain lain akan melakukan perkara yang sama.
gambar diatas merujuk bagaimana permainan ini dijalankan
3. apabila semua pemain telah bersedia, pemain-pemain akan menyanyikan lagu ini secare berulang-ulang kali:
4. pemain akan menyanyikan lagu di atas beramai-ramai.sebaik sahaja selesai satu rangkap dinyanyikan, tangan pemain yang berada di bawah sekali (iaitu pemain pertama) akan naik ke atas tangan yang teratas sekali.
5. nyanyian akan terus diulang beberapa kali. di samping itu, tangan pemain juga bersilih ganti naik ke atas. keadaan ini berterusan hinggalah semua pemain mendapat giliran naik ke atas dan dicubit oleh pemain yang lain.
6. kesemua pemain dikehendaki mengenjutkan tangan mereka. apabila tangan semua pemain telah mendapat giliran naik ke atas, pemain-pemain akan mengenjutkan tangan mereka dengan lebih kuat sambil menyanyikan lagu yang berikut:
nenek oh nenek,
rumah nenek hendak runtuh,
rak-rak garummmmm.......
7. selesai menyanyikan lagu di atas, pemain-pemain dikehendaki menguraikan jinjitan tangan tadi.
8. permainan boleh disambung semula atau ditamatkan atas persetujuan semua pemain.
