TEMPAT
Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah atau halaman rumah.
PERALATAN
Permainan ini tidak memerlukan sebarang peralatan
PEMAIN
Dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara enam hingga 12 tahun. Kebiasaannya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan walaupun kanak-kanak lelaki turut memainkannnya. Jumlah pemain antara lima hingga enam orang sahaja.